Bila melalui kawasan talian penghantaran elektrik merentangi menara yang tinggi, kita pasti perasan terdapat bola-bola dipasang pada kabel yang panjang itu.

Mungkin kita tertanya-tanya, apa tujuan bola itu dipasang di sepanjang kabel pencawang.

Pemasangan bola memang diwajibkan bagi talian elektrik yang terentang diatas menara tinggi. Ianya sebagai penanda keselamatan untuk pesawat, kapal terbang, belon udara panas, atau penerjun udara.

Ia berfungsi memberikan amaran visual kepada pesawat yang terbang rendah agar tidak melanggar kabel.

Warna yang biasa digunakan adalah oren, merah, atau putih. Bola ini dapat dilihat oleh juruterbang pada jarak beberapa ribu meter.

Kapal terbang biasanya akan terbang lebih rendah di lokasi seperti gunung, lembah, tasik, sungai, serta kawasan dekat dengan lapangan terbang.

Penanda bola ini diperlukan sebagai panduan kepada juruterbang untuk mengelakkan perlanggaran dengan kabel yang sukar dilihat dari jauh. Walaupun kelihatan kecil dari bawah, saiznya sebenarnya lebih besar daripada yang kita bayangkan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada