Terbukti strategi BMF (Buy Muslim First) memakan diri. Pengajaran jangan sesekali memainkan sentimen kaum dalam perniagaan. Bak kata bidalan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.
Bab pemasaran atau strategi pemasaran jangan perasan syok sendiri. Matlamat menarik pelanggan seramai mungkin dan jangan sesekali memboikot pelanggan.
Akhirnya bila perniagaan tutup, orang Melayu mula lah meletakkan kesalahan kepada orang bukan Melayu. Penutupan Malakat Mall adalah pengajaran besar perlu dipelajari. Antara kesilapan Malakat Mall
1 Kempen BMF (Buy Muslim First)
2. Peniaga Cina tidak mahu masuk berniaga sebab BMF.
3. Pelanggan Melayu yang anti rasis tidak mahu hadir.
4. Pelanggan bangsa lain merasakan Mall ini untuk bangsa Melayu
5. Ruang solat di lobi pusat beli belah secara terbuka tidak sesuai. Sedangkan negara-negara Arab pun ada disediakan bilik solat/surau.
Tak salah untuk solat di surau pusat beli belah, lebih afdal tidak mengganggu urusan orang lain.
6. Lokasi tidak sesuai kerana penduduk Cyberjaya berbilang bangsa. Sepatutnya dibuka di Shah Alam.
7. Pengurusan lemah kerana gagal menarik peniaga-peniaga Melayu masuk ke sana.
8. Dikhabarkan harga barang dapur di Malakat Mall agak mahal berbanding pasar raya lain.
Pelajari cara jenama-jenama besar seperti KFC, Speedmart, Mydin dan lain-lain tidak berkempen atas nama kaum atau agama. Mereka jual untuk semua orang .
Malah zaman Rasulullah ﷺ orang Yahudi dan Islam sama berniaga tanpa bertindak memulaukan antara satu sama lain.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.