Bomba kesan 4 kawah air sedalam 3 meter di dasar Pantai Batu Burok

This post has already been read 431 times!

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan  empat kawah air di dasar laut sepanjang Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.


Kawah air dengan kedalaman kira-kira 3.05 meter dan dipenuhi dengan sampah itu, berbahaya kepada pengunjung jika dihanyut ke kawasan berkenaan.


Kewujudan empat kawah air di Pantai Batu Burok itu dikesan oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) ketika melakukan selaman dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di lokasi itu pada Ahad 19/2/2024 dan Isnin 20/2/2024.


Kawah air terbentuk kira-kira 50 meter daripada pesisir pantai.

Sehubungan dengan itu pengunjung tidak digalakkan untuk mandi di sepanjang Pantai Batu Burok yang berisiko itu.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Perlu VAR kerana Pengadil bolasepak Malaysia mendukacitakan