This post has already been read 6558 times!

Kuala Lumpur: Kebakaran bateri litium digunakan kenderaan elektrik rumit, sukar dipadam. Garis panduan berhubung pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik (EVCS) sedang diperhalusi berikutan kerumitan untuk memadamkan api berpunca daripada bateri litium yang digunakan.

Bateri EV dipasang pada lantai kereta, bateri lithium akan panas mendadak apabila kereta bergerak laju kerana pengaliran arus tinggi . Kepanasan meningkat sehingga bateri akan terbakar dengan sendiri

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, setakat ini tiada lagi agen yang mampu memadamkan kebakaran akibat bateri litium yang lazimnya digunakan pada kenderaan elektrik (EV).

“Sehingga kini di seluruh dunia belum ada satu lagi pun agen pemadaman yang boleh memadamkan kebakaran bateri litium yang digunakan pada kenderaan EV (amnya).

“Kita hanya boleh melemaskan saja api (sehingga terpadam) tetapi hendak memadamkan (secara cepat) itu belum ada. “Malah, litium itu sifatnya dia boleh ignite (menyala) semula walaupun api sudah dipadamkan,” katanya.

Kejadian bateri lithium EV terbakar dengan sendiri
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Lori terpanjang di dunia
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay