Wanita dibunuh kejam dengan kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
1 min read

Wanita dibunuh kejam dengan kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah

This post has already been read 8627 times!

ALOR GAJAH – Mayat wanita dibunuh kejam dengan kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipotong sebelum disumbatkan ke dalam tong sampah dan dibuang ke dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, di sini, 31 Disember 2023 lalu disahkan milik guru dikenali Istiqomah Mohd Rozi, 33.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pengesahan itu dibuat selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan 2 Ogos lalu ke atas ibu seorang wanita yang dilaporkan hilang di Johor pada 27 Disember tahun lalu sepadan dengan mangsa.

“Hasil risikan, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai rakan mangsa dan isterinya berusia 36 tahun di Chemor, Perak.

“Siasatan terhadap kedua-duanya kemudian membawa penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa iaitu tulang jari dan kepala kira-kira enam kilometer dari tempat pertama mayat mangsa ditemukan,” katanya.

Menurutnya, permohonan reman pertama kedua-dua suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula 6 hingga 12 Ogos lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

“Suspek lelaki bagaimanapun disambung reman hari ini manakala isterinya telah dibebaskan mahkamah pagi ini kerana tidak terlibat dalam pembunuhan mangsa yang mempunyai tiga anak.

Pada 6 Januari lalu satu mayat ditemui tanpa pakaian oleh orang awam di kira-kira pukul 2 petang 31 Disember. Mayat ditemukan dengan hanya beralaskan kain merah selain kepala, kedua belah kaki hingga ke paras lutut dan tangan dipercayai telah dipotong. Mayat wanita bogel tanpa kepala, kaki, tangan ditemui dalam tong sampah

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

Baca Juga   Pembunuhan Nur Farah: Polis temui kad SIM suspek, kereta dalam ladang