SUBANG JAYA –Seorang suspek berusia sekitar 30 an anggota kumpulan samun dari negara Afrika maut selepas berbalas tembak dengan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mati di Jalan PJS 9/1 pada 20 Ogos 2024.

Kumpulan samun lengkap bersenjata itu dianggotai oleh sekurang-kurangnya 10 warga Afrika aktif sejak tahun 2018 dengan mencatatkan nilai kerugian mencecah RM8 juta.

Mereka menyasarkan urusniaga palsu dalam talian. Modus operandi ialah mereka berinteraksi dengan mangsa melalui media sosial sebelum menawarkan transaksi sama ada jual barang kemas dan tukar mata wang asing.“Mereka akan jumpa (mangsa) di hotel dan suruh mangsa ikut sebelum serang mangsa di jalan raya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd. Zain pihaknya masih lagi mengesan kira-kira 10 baki ahli kumpulan samun itu yang masih bebas.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn