1 min read

8 Rekod Serangan keatas Balai Polis

This post has already been read 1402 times!

Kejadian serangan keatas Balai Polis Ulu Tiram bukan kejadian pertama berlaku di negara ini.

8 rekod serangan terhadap balai polis di seluruh negara:

  • 24 Jun 1948 & 11 September 1948: Balai Polis Kuala Krau Pahang diserang oleh gerombolan 250 orang pengganas komunis telah mengepung Balai Polis Kuala Krau sehingga menyebabkan kira-kira 30 orang anggota polls yang berada di dalamnya terkepung.
  • 23 Februari 1950: Balai Polis Bukit Kepong diserang pada jam 5 pagi gerombolan 185 orang pengganas komunis. Seramai 19 orang anggota polis maut.
  • 12 April 1963: Balai Polis Tebedu diserang sekitar jam 1.30 pagi oleh militia Indonesia. Dengan tiga anggota polis yang bertugas ketika itu, 10 orang berpakaian celoreng melakukan serang hendap. Salah seorang anggota, Koperal John Ramek gugur dalam rentetan sejarah perang Ganyang Malaysia.
  • 16 Oktober 1980 Balai Polis Batu Pahat diserang pada jam 9.30 pagi, balai tersebut didatangi oleh 15 orang lelaki yang menaiki teksi dan kereta. Mereka semuanya berjubah putih, menutup muka dan bersenjatakan pedang samurai. Mereka melibas dan menetak sesiapa sahaja sambil melaungkan takbir. Susulan serangan 23 orang termasuk 15 daripadanya anggota polis mengalami cedera parah.
  • 16 Okt 1980: Balai Polis Batu Pahat di Johor diserang sekumpulan ahli kumpulan ajaran sesat menyebabkan seramai 23 individu termasuk 14 anggota polis, petugas dan orang awam cedera.
  • 4 Feb 2001: Balai Polis Guar Chempedak di Kedah diserang sekumpulan individu daripada kumpulan yang terpengaruh dengan pelampau antarabangsa dipercayai cuba merompak senjata api di balai itu sehingga menyebabkan dua anggota polis cedera.
  • 31 Ogos 2017: Balai Polis Pinggiran Subang di Selangor — seorang anggota berpangkat Lans Koperal maut akibat ditembak dan ditetak senjata tajam semasa bertugas dalam pekarangan balai berkenaan.
  • 17 Mei 2024: Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru — dua anggota polis maut manakala seorang cedera parah selepas seorang individu yang bersenjatakan parang serta merampas pistol dan senjata api polis menyerang balai berkenaan.
Baca Juga   Murid 11 tahun mengalami cacat kekal selepas dihukum berdiri dibawah panas matahari

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.