Kajian Risiko Tanah Mendap Kuala Lumpur 2017 oleh  Universiti Teknologi Mara
2 mins read

Kajian Risiko Tanah Mendap Kuala Lumpur 2017 oleh Universiti Teknologi Mara

This post has already been read 8321 times!

Kejadian tanah mendap (Sink hole) bukanlah fenomena baru di Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Kawasan berpotensi berlaku lubang mendapan di Kuala Lumpur.

Lubang benam boleh ditakrifkan sebagai lekukan pada permukaan tanah akibat pelarutan batu kapur berhampiran permukaan atau keruntuhan gua bawah tanah. Pada asasnya, Kuala Lumpur mempunyai dua formasi geologi yang berbeza iaitu Formasi Kenny Hill yang terdiri daripada batuan sedimen dan Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur dengan juzuk karstiknya yang sangat tidak menentu. Lebih 158 tahun pembangunan pesat dan perancangan guna tanah yang berleluasa telah membawa kepada pembentukan lubang benam.

Kejadian lubang mendap Jalan Masjid India

Ia boleh menjadi bencana dan menakutkan kerana keadaannya sangat tidak stabil. Di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan bandar Ampang, gabungan aktiviti perindustrian atau pembangunan mempercepatkan proses pembentukan lubang benam.

Kejadian lubang mendap di jalan masjid India pada 23 Ogos 2024, Seorang warga India terjatuh

Beban di permukaan bumi contohnya bekas perlombongan, bangunan, lalu lintas yang padat dan perubahan aras air bawah tanah mendorong kepada proses lubang benam.

Lokasi kejadian lubang benam yang menyebabkan seorang wanita warga India jatuh pada 23 Ogos 2024

Kuala Lumpur dan bandar Ampang terletak di atas Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur.

Pembangunan pesat kawasan ini telah membawa beberapa kesan yang merosakkan alam sekitar. Kemusnahan struktur batuan dasar batu kapur, sukar untuk diramalkan dan boleh berlaku secara tiba-tiba.

Sering kali kita mendengar di akhbar atau media tragedi lubang benam dan kesannya kepada manusia serta infrastruktur awam. Berdasarkan kajian lepas, lubang benam hanya berlaku di kawasan batuan dasar batu kapur.

Kejadian lubang benam juga boleh berlaku akibat taburan hujan yang tinggi dan perubahan paras air bawah tanah dikawasan batu kapur. Maklumat

Baca Juga   Thailand memiliki ramai pemandu paling tidak berhemah di dunia

Maklumat penuh kajian boleh di perolehi di sini

isprs-archives-XLII-4-W5-145-2017

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.