Kuala Lumpur, 15 Oktober – Berita baik buat penyokong setia KL City FC! Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) telah mengumumkan satu kejutan istimewa bagi peranan Liga Super antara KL City FC dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) yang akan berlangsung Jumaat ini. Penyokong yang memakai jersi tulen (bukan tiruan) KL City FC bakal menikmati kemasukan PERCUMA ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Tawaran Istimewa untuk Peminat Setia
Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar, mengesahkan bahawa tawaran ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menyokong pasukan tanpa henti. Selain itu, inisiatif ini bertujuan menggalakkan lebih ramai peminat untuk hadir ke stadium dan pada masa yang sama membantu meningkatkan kewangan kelab melalui penjualan jersi rasmi.
“Perlawanan antara KL City FC dan KDN FC akan diberikan kemasukan percuma, tetapi dengan syarat peminat mesti memakai jersi tulen pasukan. Pasukan kami akan membuat semakan di setiap pintu masuk untuk memastikan jersi tersebut asli,” kata Syed Yazid.
Potongan Harga untuk Jersi Rasmi
Syed Yazid juga memberi jaminan kepada peminat yang belum membeli jersi agar tidak khuatir. “InsyaAllah, kita akan berikan potongan harga istimewa, dan maklumat lanjut tentang diskaun akan diumumkan melalui media sosial KLFA dan kelab,” tambahnya.
Ayuh, Bersama-Sama Sokong KL City FC!
Ini peluang keemasan untuk semua penyokong KL City FC hadir memberi sokongan tanpa perlu membeli tiket – hanya dengan memakai jersi original! Jangan lepaskan peluang ini untuk meriahkan suasana di stadium dan tunjukkan semangat padu kita bersama pasukan tercinta.
Nantikan pengumuman diskaun jersi dalam masa terdekat, dan jumpa anda di stadium Jumaat ini!
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.