

Emm, malas la nak ganti… takde masa.”
Ayat biasa yang kita dengar, tapi siapa sangka sikap sebegini boleh membawa padah? Inilah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila hanya kerana malas menukar screen protector yang retak, dia hampir kehilangan jari!
Apa Sebenarnya Terjadi?
Lelaki ini menyedari jari kanannya mula bengkak dan kehitaman selama dua minggu. Bila berjumpa doktor di sebuah klinik di Puncak Alam, dia diberitahu ia hanyalah jangkitan kuman ringan. Doktor memberikan ubat tahan sakit dan antibiotik.
Namun keadaannya langsung tak berubah. Akhirnya, dia dimasukkan ke hospital. Lebih mengejutkan, doktor memaklumkan bahawa jarinya mungkin perlu dipotong jika rawatan lambat diberi!
Mujurlah rawatan lanjutan berjaya menyelamatkan jarinya. Kini dia hanya perlu ke hospital untuk mencuci luka sehingga pulih sepenuhnya.
Punca jangkitan? Screen protector telefonnya telah retak sejak 4 bulan lalu dan tidak pernah diganti atau ditanggalkan. Retakan itu menjadi tempat kuman membiak. Setiap hari, jarinya menyentuh permukaan tercemar itu hingga membawa kepada jangkitan serius.
Apa Pengajaran untuk Kita?
Jangan anggap remeh pelindung skrin telefon yang rosak. Selain merosakkan pengalaman penggunaan, ia juga boleh mengancam kesihatan diri jika tidak dijaga.
- ✔️ Periksa screen protector anda dari semasa ke semasa.
- ✔️ Jika ada retakan, tanggalkan dan ganti segera.
- ✔️ Bersihkan telefon anda dengan kain bersih atau tisu anti-bakteria.
- ✔️ Amalkan kebersihan tangan selepas menggunakan telefon, terutamanya sebelum makan.
Kadangkala, perkara kecil yang kita abaikan boleh membawa kesan yang besar. Jaga kebersihan, jaga kesihatan. Bertindak sebelum terlambat!
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.