Untuk berita lebih pantas, follow Siakap Keli di Telegram atau XVideo Masakan Tular, Perdana Menteri New Zealand Ajak Khairul Aming

Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon dilaporkan mengunjungi pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming, lapor Astro Awani.

Perdana Menteri New Zealand teruja dengan video percutian dan masakan New Zealand yang dikendalikan oleh Khairul Aming. Sempena lawatan rasmi ke Malaysia, Perdana Menteri New Zealand itu meluangkan masa berkunjung ke Warung Kopi Aming sambil bersarapan dan melihat sendiri demonstrasi masakan roti jala.

Pertemuan berkenaan turut dikongsikan KA menerusi satu hantaran di akaun X rasmi miliknya.”Hari ni Khairul Aming dan Perdana Menteri New Zealand berjumpa sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand untuk video masak yang kita buat dekat sana.

“Saya ambil peluang ini untuk memperkenalkan makanan sarapan terkenal rakyat Malaysia sambil bertukar pendapat mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand termasuk eksport perdagangan daging dan tenusu halal, pemeliharaan alam semula jadi, dan potensi produk PKS tempatan ke New Zealand,” kongsinya.

Mengimbau kembali lapan tahun dahulu, KA menceritakan dia pertama kali merakam video pertama masakannya seorang diri.

Dalam masa yang sama dia turut meluahkan rasa syukur dengan rezekinya diberikan kepadanya saat ini.

“Lapan tahun lalu, saya merekod video memasak pertama saya sambil duduk di atas lantai. Hari ini, saya diberikan peluang untuk duduk di sebelah Perdana Menteri sebuah negara yang terkenal (New Zealand)”

“Teruskan perjuangan, kita akan berbangga bagaimana hidup ini boleh dicapai,” katanya.

Kunjungan Perdana Menteri New Zealand itu sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand untuk video masak dirakam di New Zealand.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn