Projek Ladang Sawit Kuala Nerus cetus kontroversi
1 min read

Projek Ladang Sawit Kuala Nerus cetus kontroversi

This post has already been read 1114 times!

Malaysiakini melaporkan Pure Green Development Sdn Bhd telah mengemukakan penilaian impak alam sekitar (EIA) dua bulan yang lalu untuk membangunkan ladang kelapa sawit di kawasan hutan di daerah Kuala Nerus, Terengganu.

Projek ini menimbulkan kontroversi. Selain melanggar larangan pembukaan ladang sawit baru, kesan terhadap hutan, potensi banjir dan gangguan bekalan air semasa musim kemarau menjadi topik kebimbangan.

Pure Green Development dimiliki oleh adinda kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

EIA itu juga mendedahkan syarikat berbeza yang dimiliki oleh sultan Terengganu sedang membersihkan hutan di kawasan bersebelahan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Cara 4 jenis haiwan tidur