This post has already been read 227 times!

Kemajuan teknologi pengecasan dan jarak perjalanan EV semakin meningkat dari hari ke hari.

Contohnya Hyundai Ioniq 6 yang tampil sebagai EV termurah yang memiliki keupayaan jarak perjalanan lebih 600km di Malaysia dengan sekali caj.

Saingan paling dekat ialah Mercedes EQE350+ yang mampu mencapai jarak sehingga 669km tetapi pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding Ioniq 6.

Kuasa Ioniq 6 dijana menggunakan pek bateri 77.4kWh.

Ioniq 6 EV didatangkan dengan motor elektrik 168kW (228hp) dengan tork 350Nm untuk menghasilkan masa pecutan 0-100km/j selama 7.4 saat.

Varian Ioniq 6 Max AWD menghidangkan prestasi dwi-motor yang boleh memberikan jumlah output 239kW (325hp) dan 605Nm tork. Model ini juga mempunyai keupayaan untuk memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 5.1 saat sahaja. Julat perjalanan 583km sedikit kurang berbanding Varian Max RWD.

Kelajuan tertinggi kedua-dua model ialah 185km/j.

Lebih menarik perhatian ramai ialah kemampuan keupayaan pengecasannya.

Ujian mendapati prestasi masa mengecas yang singkat hanya 18 minit untuk mengecas Ioniq 6 daripada 10% kepada 80% apabila menggunakan pengecas pantas DC 350kW.

Ioniq 6 mempunyai pengecas dalaman AC 11kW.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   6 Kereta Terpantas Terbaik di Dunia pada 2024
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay