Aplikasi MyJPJ Kini Menyokong Mod Pembayaran Perbankan Internet Melalui FPX
Untuk Pembaharuan Lesen MyJPJ merupakan aplikasi rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, yang menyediakan sejumlah kemudahan, termasuk untuk pengurusan lesen memandu dan juga lesen kenderaan.
Selepas memperkenalkan kebolehan melakukan pembaharuan terus melalui aplikasi berkenaan, kini aplikasi MyJPJ turut memperkenalkan kemudahan pembayaran terus melalui FPX.
Dengan langkah ini, pengguna turut boleh melakukan pembaharuan dan membayar menggunakan perbankan internet yang digemari masing-masing.
Ini sekaligus memberikan pilihan kepada pengguna, dan tidak terhad untuk menggunakan kad debit atau kredit sahaja.
Bagi anda yang menggunakan aplikasi MyJPJ, boleh melakukan pembaharuan lesen memandu dan juga lesen kenderaan anda terus melaluinya.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.