Lesen Kenderaan Motor Digital boleh kongsi

This post has already been read 134 times!


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan cukai jalan kenderaan digital baharu boleh dikongsi dengan ahli keluarga dan orang awam yang mendapat kebenaran pemilik kenderaan melalui fungsi ‘Kongsi LKM’ di aplikasi MyJPJ.

Pemilik kenderaan hanya perlu klik nombor plat kenderaan dan seterusnya klik butang ‘Kongsi LKM’ untuk membuat perkongsian e-LKM kepada individu lain.


Fungsi ini juga mempunyai tempoh had masa perkongsian yang boleh ditetapkan oleh pemilik kenderaan dan mempunyai kod pengaktifan yang perlu diberikan kepada penerima e-LKM berkenaan untuk mengaktifkan perkongsian.


Sistem juga akan menghapuskan rekod perkongsian sekiranya tidak diaktifkan dalam tempoh 24 jam.


Anthony Loke berkata fungsi baharu dalam aplikasi MyJPJ berkenaan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi seseorang pengguna yang memandu kenderaan bukan miliknya atau ahli keluarga.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Cara hantar permohonan baru STR 2024