Lesen B1 B2 layak B Penuh
1 min read

Lesen B1 B2 layak B Penuh

This post has already been read 9399 times!

Pemegang Lesen Memandu Malaysia LMM kelas B1dan B2 selama lebih 10 tahun akan layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh bermula 1 Oktober 2024.

Menteri Pengangkutan Anthony Locke berkata, Pemohon bagaimanapun perlu memenuhi syarat ditetapkan, antaranya menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di Institut Memandu dengan kos yuran sebanyak RM160.

Beliau berkata pemohon perlu menjalani program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar untuk tempoh 2 jam sahaja.

Jelas beliau pengesahan berkenaan amat penting bagi memastikan tahap kompetensi dan keupayaan seseorang untuk mengendalikan motosikal berkuasa besar demi meningkatkan tahap keselamatan individu terbabit.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Lesen B2 kepada B Secara Automatik berSyarat