Colombey-les-Belles, Perancis:
Dua jet Rafale Tentera Udara Perancis bertembung di udara semasa sesi latihan pada hari Rabu 14 Ogos 2024. Nahas berlaku sekitar 12:30 tengahari di timur laut Perancis.
Seorang juruterbang berjaya keluar dengan menggunakan kerusi keselamatan, manakala seorang pengajar dan seorang pelajar juruterbang jet kedua disahkan maut.
Dua jet supersonik itu adalah dari pangkalan udara Saint-Dizier, kata jurucakap tentera udara di Paris kepada AFP.
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.