Ibu Kota baru Pentadbiran Mesir sedang giat dalam pembinaan
This post has already been read 4669 times!
Projek Mega Ibu Kota Baru Mesir Pertama kali diumumkan pada 2015, ibu kota pentadbiran Mesir yang baru, yang belum dinamakan itu sedang giat dalam pembinaan dengan anggaran kos lebih daripada USD 50 bilion.
Pembangunan besar-besaran ini merupakan satu daripada beberapa projek mega yang sedang dibina oleh kerajaan Presiden Abdel Fattah el-Sisi.
Bandar baru itu, kira-kira 28 batu di tenggara Kaherah, dirancang untuk menempatkan enam juta penduduk, dan direka bertujuntuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tekanan di Kaherah.
Projek itu, yang sebahagian besarnya dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan Mesir, akan menyatukan dan memindahkan ibu pejabat kerajaan ke persekitaran yang lebih terkawal, dipantau oleh lebih 6,000 kamera pengawasan.
Pembinaan kompleks pentadbiran ini menempatkan bangunan tertinggi di Afrika, sebuah istana presiden yang besar, berpuluh-puluh bangunan kementerian, sekolah, hospital, masjid dan gereja, perumahan dan kedai-kedai.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.Â