Skim perubatan percuma MADANI

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara PERCUMA di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi demam, selesema, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala dan trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

Melalui kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’, Kerajaan bercadang untuk memperluaskan Skim Perubatan MADANI di semua negeri yang mempunyai kepadatan tinggi. read more