Salah satu masalah terbesar yang dihadapi Nauru ialah kesihatan.
70 peratus penduduk Kepulauan ini mengalami obesiti.
97 peratus lelaki dan 93 peratus wanita Nauru adalah dalam kategori obes.
Oleh itu, tidak mengejutkan, Nauru mempunyai kadar diabetes jenis 2 tertinggi di dunia, melibatkan lebih daripada 40 peratus penduduknya.
Akibat dari kadar diabetes yang tinggi, penyakit jantung dan buah pinggang berlaku di luar kawalan.
“Pada lawatan pertama saya ke Nauru pada awal 1990-an, diabetes berleluasa dan tidak banyak kemudahan untuk diatasi,” kata Dr. Ruth Colagiuri, profesor bersekutu di Universiti Sydney yang membantu menyelaraskan program penjagaan kesihatan Nauru.
“Sebilangan besar penghidap diabetes mengalami amputasi dan buta.”
Keadaan ini berlaku kerana pengambilan makanan proses yang tinggi dikalangan penduduknya. Mereka tidak lagi makan makanan asli.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.