This post has already been read 379 times!
Berhadapan dengan penyakit kencing manis memerlukan ilmu pengetahuan. Bukan sekadar ambil ubat sahaja.
Antara simptom kecing manis ialah badan lemah tidak bermaya, tekanan darah tinggi, cepat lapar, ketagih gula, semut-semut,kerap buang air kecil dan sukar tidur.
Malaysia ialah negara yang dikenal pasti begitu ramai Pengidap kencing manis. Kajian 2022 mendapati , Malaysia berada ditangga ke -2 tertinggi didunia dengan jumlah pengidap mencecah seramai 4 Juta orang. Negara Nauru berada pada kedudukan pertama apabila 80% penduduknya mengidap kencing manis.
Dengan sikap rakyat terus berdegil mengambil makanan bergula dan proses, tidak mustahil bakal jumlah pengidap akan meroket mencecah 20% dari jumlah penduduk atau 6 juta diabetes.
Golongan kanak-kanak dan remaja juga tidak terkecuali dengan peratusan agak tinggi menghidap penyakit ini.
Diabetes merupakan masalah kesihatan kepada sistem badan kesan dari rintangan insulin.
Gula ialah Makanan JAHAT yang dikenal pasti menyebabkan kerosakan pintu sel, tidak terbuka semasa insulin hendak menghantar gula masuk ke dalam sel untuk proses penghasilan tenaga.
Kesannya mengakibatkan paras gula dalam darah meningkat dan lama kelamaan menyebabkan keradangan serius salur darah yang akan membawa kepada kerosakan organ ginjal, jantung, otak,paru-paru dan tulang rapuh mudah patah.
Kesan akhir kencing manis menyebabkan sel mati . Daging dan tulang mula membusuk menyebabkan tindakan memotong bahagian yang berkenaan terpaksa diambil.
Bagi mereka yang menghidap kencing manis akan diberikan ubat oleh doktor. Selain diberikan ubat, kebanyakan penghidap perlu datang ke Klinik atau Hospital secara berkala. Setelah diberikan ubat, pastinya para penghidap kencing manis perlu memakannya.
Namun apa yang pelik, kenapa mereka yang menghidap kencing manis ini tidak sembuh-sembuh walaupun sudah bertahun-tahun memakan ubat yang disarankan oleh doktor.
Menurut Dr Mani seorang pengamal perubatan bertauliah,
rupa-rupanya ubat kencing manis yang dimakan oleh pesakit diabetes bukan untuk menyembuhkan penyakit tersebut.
Ubat-ubat tersebut hanya akan kurangkan simptom kencing manis sahaja. Contohnya, para gula sebelum ini 15 namun selepas makan ubat ini akan jadi 6. Antara simptom kecing manis ialah badan lemah tidak bermaya, tekanan darah tinggi, cepat lapar, ketagih gula, semut-semut,kerap buang air kecil dan sukar tidur.
Pesakit perlu makan ubat secara berterusan untuk mengelakkan simptom kencing manis.v
Ramai yang beranggapan mendapat kesembuhan setelah makan ubat kencing.
Dr Mani menegaskan ubat-ubat tersebut tidak akan menyembuhkan penyakit kencing manis.
Beliau menegaskan “Tahu tak ubat yang kita makan semua macam Xigduo yang biasa diberikan oleh pusat perubatan swasta, harga mahal, XR, Janumet. Dekat Klinik Kesihatan kerajaan pula biasa berikan Metformin, Diamicron. Semua ni semua ubat mahal.
“Sebenarnya ubat-ubat ini semua akan kurangkan simptom kencing manis saja. Katakan gula 15 makan ubat ini jadi 6. Tapi dia takkan sembuhkan kencing manis, 99% orang ingat makan ubat kencing manis, dia akan sembuh. Tak, ubat ini semua tak akan sembuhkan kencing manis. “
“Biasa klinik kesihatan ke swasta ke akan bagi ubat kencing manis sampai seumur hiduplah. Kalau kata sampai matilah sebab dia orang tak faham macam mana nak hilangkan kencing manis atau reverse kencing manis. ” Jelas Dr Mani dalam video tersebut.
Orang ramai boleh mengikuti Tiktok DrMani yang sarat dengan pengetahuan berkenaan penyakit metabolik khususnya kencing manis, darah tinggi, obesiti dan banyak lagi.
Sumber: TikTok Dr Mani
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.