Permohonan dibuka mulai 26 Jun 2023 8.00 Pagi
Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.
Program ini bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa.
Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia*, menerusi tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih
Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points)
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023, manakala kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023
Kelayakan
Syarat kelayakan:
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU
3. Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
Kementerian Pendidikan Tinggi;
Kementerian Pendidikan;
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
Kementerian Pertahanan;
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
Kementerian Belia dan Sukan;
Kementerian Sumber Manusia;
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Data pemohon akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Penebusan kredit eBeliaRahmah boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
a. Boost
b. Setel
c. Touch ‘n Go eWallet
Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun.
Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.
Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah
Butiran terperinci DISINI
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.