Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Sumbangan tunai rahmah fasa 3 (str 3) disalurkan secara berperingkat mulai 26 jun 2023

Lebih 8 juta golongan B40 yang layak bakal menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR 3) mulai 26 Jun 2023.
“Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 . Ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat,” kata YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Pembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut:
Jenis Penerima
1) Mempunyai akaun bank
26 Jun 2023 – 5 Julai 2023
Dikreditkan terus ke akaun bank.
2) Tiada akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) 26 Jun 2023
Pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Fasa pertama dan kedua STR telah disalurkan pada bulan Januaridan April lepas.
Ketiga- tiga fasa STR ini melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion bagi tahun 2023.
Pembayaran fasa keempat STR dijangka pada bulan November 2023.
Status kelulusan STR 3 dibuka untuk semakan mulai 26 Jun 2023. Sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akandibuka mulai 3 hingga 31 Julai 2023.
Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR 3 ini boleh dilayari di Portal Rasmi STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Siaran media STR Fasa 3
Kementerian kewangan ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.