Bantuan E-Wallet Bingkas RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

This post has already been read 450 times!

Bantuan E-Wallet Selangor RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan



BINGKAS merupakan singkatan bagi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, sebuah program yang memberikan Bantuan e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan kepada isi rumah Selangor yang memenuhi syarat. Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 melalui kaedah pembayaran digital.


“Dalam belanjawan selangor 2023, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengumumkan bahawa Program BINGKAS akan diteruskan dengan peruntukan tahunan RM108 juta.

Program ini bertujuan untuk membantu 30 ribu keluarga yang layak di seluruh negeri.”

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-WALLET RM300
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bantuan:

1. Merupakan seorang Warganegara Malaysia

2. Pemohon mestilah lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun

3. Pemilih berdaftar di negeri Selangor

4. Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah

5. Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan


BANTUAN E-WALLET RM300 : CARA MELAKUKAN PERMOHONAN
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS.


Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu disertakan oleh pemohon:

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Ringkasan Bajet 2024 belanjawan Malaysia