Secara perbandingan 80% rakyat Amerika Syarikat membaca sekurang-kurangnya 10 akhbar dalam sehari berbanding rakyat Malaysia membaca 2 buku setahun.
Statistik menunjukkan bahawa hampir semua rakyat Malaysia boleh membaca dengan kadar celik huruf dewasa sebanyak 93% , tetapi sangat malas membaca kecuali jika ada keperluan untuk peperiksaan sahaja.
Majoriti hanya membaca tajuk semata dan lebih menumpukan kepada sembang di media sosial.
Menurut tinjauan rawak mendapati sekitar 40% menjawab bahawa mereka membaca untuk keseronokan sahaja tertumpu topik tidak produktif seperti berita gosip(cerita mengumpat) artis, kisah perbalahan rumah tangga orang dan sedikit perkembangan permainan telefon serta permotoran.
Menurut kertas penyelidikan sebenar , rakyat Malaysia secara purata hanya membaca dua buku setahun.
Pesepsi di Malaysia membaca adalah untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sahaja.
60% rakyat Malaysia lebih suka melakukan aktiviti lain seperti melepak sambil bersembang di warung dan kafe daripada membaca buku.
Inisiatif lebih serius wajar dilaksanakan segera bagi meningkatkan aktiviti pembacaan dan mengubah tabiat buruk malas membaca dikalangan rakyat Malaysia.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.