Para peminat kereta kini ternanti nanti model sedan terbaru Proton, dikenali sebagai S50.

Namun telah tular foto yang dikatakan model S50 sedang diuji pandu.



S50 berasaskan rekabentuk model Geely Emgrand akan menjadi pilihan Proton.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Li Chunrong mengesahkan syarikat itu akan melancarkan model serba baharu pada akhir tahun 2023, dan kereta baharu itu tidak akan menggantikan mana-mana model sedia ada yang sedang dijual dalam pasaran. Ini dengan jelas membayangkan S50 akan membentuk segmen penggunanya tersendiri.

Penganalisis otomotif menjangkakan S50 akan mengambil tempat Preve yang ditamatkan pengeluarannya.

Dengan panjang 4,638 mm, lebar 1,820 mm dan tinggi 1,460 mm, S50 berasaskan Emgrand akan menjadi kenderaan yang lebih besar berbanding Preve.

Tiada petunjuk harga untuk kereta itu telah dicadangkan, tetapi memandangkan ia ditetapkan untuk diletakkan dalam keluarga Persona, harga untuknya mungkin sekitar RM60k.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada