Peguam di reman kes Rasuah RM1.6 Juta

This post has already been read 1427 times!

Mahkamah Rendah Ipoh pada 9 Mei 2024 mendengar permohonan reman kes seorang peguam di syaki menerima rasuah RM1.6 Juta dari seorang usahawan.

Peguam berkenaan direman empat hari hingga ahad 12 Mei 2024 bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rendah Ipoh Nor Azrin Liana Mohamad Darus selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Peguam berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.Sebelum ini.

Media melaporkan SPRM Perak pada 11 pagi 8 Mei 2024 menahan seorang peguam di sebuah restoran di jalan Kuala Kangsar.

Difahamkan wang sogokan itu sebagai dorongan untuk membantu menutup kes jenayah penipuan pelaburan berkait usahawan berkenaan.

Peguam itu ditahan selepas dipercayai menerima wang tunai berjumlah RM1000 dan dua keping cek bernilai R1.5 juta daripada individu berkenaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Bantuan orang Bujang 2024 bakal disalurkan tidak lama lagi