Sebaik dilancarkan 2,500 unit Perodua Axia E 2023 berjaya dijual, dihantar ke pelanggan dalam masa 48 jam.

Dalam laporan prestasi jualan, Perodua memaklumkan bahawa model Axia E MT generasi pertama yang dilancarkan semula bulan lalu menerima sambutan amat menggalakkan.

Menurut presiden dan CEO Perodua Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, sebanyak 2,500 unit awalan model berkenaan yang disediakan sewaktu hari pelancarannya habis dijual dalam masa dua hari sahaja, dan kesemua unit tersebut dapat dihantar kepada pelanggan dalam masa 48 jam!


Perodua Axia E MT generasi pertama ini diproduksi semula oleh Perodua selepas mendapat permintaan dari pelanggan.

Ia diperkenalkan semula dengan harga baharu yang lebih murah iaitu harga atas jalan tanpa insuran RM22,000 menjadikan ia kekal sebagai kereta baharu paling murah di Malaysia.


Axia E ini datang dengan rim besi, dua beg udara dan juga enjin 1KR-VE 1.0 liter tiga silinder NA berkuasa 68 PS/91 Nm yang digandingkan hanya dengan kotak gear manual sahaja.

Tanpa Radio dan pembesar suara, tiada brek ABS dan tiada sistem kestabilan elektronik (ESC).

Dari segi penampilan bentuk, ianya hampir sama dengan rupa Axia E versi 2017 dan 2019…

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada