Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
EV sebenarnya murah sahaja antara RM52,000 dan RM70,000 sebagaimana Keluaran Wuling Air Indonesia .


Namun jangan mengharapkan harga sebegitu rendah di Malaysia kerana dasar AP MITI
yang menetapkan bahawa EV yang berharga bawah RM100,000 (harga atas jalan dengan insurans) tidak dibenarkan untuk diimport.
Dasar ini dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat Proton dan Perodua sehingga kedua-dua syarikat berkenaan bersedia untuk mengeluarkan EV sendiri.
Penyelidik pasaran merumuskan walau apa sekalipun alasan untuk kita mengawal teknologi EV dalam pasaran tempatan, teknologi masa depan itu terus berkembang meninggalkan kita.
Akhirnya kita akan dapati sukar untuk bersaing dengan pengeluar EV semasa,apabila pesaing telah mengguna pakai teknologi maju sedangkan kita masih merangkak untuk mengguna teknologi berkenaan.
Dasar perlindungan pasaran juga memberi kesan paras gaji pekerja. Nanti akan berlaku penghijrahan tenaga kerja ke negara jiran yang menawarkan gaji lebih menarik.
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jangan harap akan ada EV bawah 100K di Malaysia-penyelidik pasaran ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.