Neta V ialah SUV subkompak elektrik yang dihasilkan oleh Hozon Auto di bawah jenama Neta (Nezha), jenama kereta elektrik China , yang dibina oleh Syarikat Automobil Tenaga Baharu Zhejiang Hezhong.

Telah dilancarkan di Malaysia Neta V tampil sebagai kenderaan elektrik (EV) paling murah di Malaysia dengan harga bermula di bawah RM100,000.
Penghantaran pertama dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun ini.
Dengan harga RM99,800, Neta V yang dilancar di Malaysia dilengkapi motor hadapan berkuasa 70kW (95hp) yang menghasilkan tork setinggi 160Nm. Dengan kelajuan maksimum 120kmj, Neta V mampu bergerak sejauh 384km dalam satu cas penuh.
NetaV menggunakan bateri lithium 38.54 kWh yang dihasilkan oleh CATL, Neta V datang siap dengan sambungan pengecas CCS2. Ia memerlukan kira-kira 8 jam untuk mengecas dari 0 ke 100% menggunakan pengecas AC 6.6kW.
Apabila disambung kepada pengecas pantas DC 100kW, hanya 30 minit diperlukan untuk mengecas dari 30% ke 80%.

Kemasan dalaman Neta V diinspirasikan daripada Tesla, termasuk sistem inforia dengan skrin sentuh HD penuh 14.6-inci. Panel instrumen pemandu pula dipasang skrin 12-inci dan kereta ini dilengkapi sistem audio 6 speaker.
Neta V tidak menyokong Android Auto atau Apple Carplay, tetapi sistem inforia ini dikuasakan Android 9 dan boleh disambung ke telefon Android dan iPhone.
Neta V lebih panjang dan tinggi daripada Perodua Myvi. Badannya lebih tirus. Ia memiliki berat keseluruhan 1,151kg dan ruang penyimpanan 335 liter, lebih besar daripada Myvi.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.