Rejim cukai jalan EV perlu dilaraskan semula

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Kerajaan sedang merangka rejim cukai jalan EV lebih murah daripada kereta petrol, diesel selepas 2025.

Sehingga Disember 2025 cukai jalan untuk EV di Malaysia adalah percuma tetapi mulai 2026, pemilik dan bakal pembeli perlu membayar mengikut sistem berasaskan sukatan kilowatt .


Secara dasarnya lebih banyak kuasa daripada motor elektrik, lebih tinggi jumlah cukai jalan yang dikenakan.

Bagaimanapun jumlah cukai jika berdasarkan kaedah pengiraan semasa dikhuatiri merencatkan kelancaran jualan EV.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengarahkan supaya kajian semula keatas struktur cukai jalan EV supaya tidak membebankan pengguna.



Sebagai perbandingan, kereta EV jenama BYD Atto 3, yang dijual dari RM149,800, akan dikenakan cukai jalan sebanyak RM903 selepas 2025.

Sementara itu, model HR-V Petrol bersaiz serupa dengan enjin 1.5 liter dijual pada harga RM140,800, tetapi cukai jalan hanya RM90 kira kira 10 kali lebih murah.

BYD Atto 3 EV cukai jalan semasa RM900 setahun.
HR-V 1.5CC Petrol hanya dikenakan cukai jalan RM90
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Rejim cukai jalan EV perlu dilaraskan semula ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top