1) Kalau nampak air di depan, berhenti dulu untuk menilaikan ke dalaman. Jangan redah sahaja.


2) Standard Ekzos kereta dibina pada 7-8 inci dari paras jalan, perhatikan kereta di hadapan yang redah air, tenggelam tak ekzosnya.

3) kalau paras air bawah dari ekzos, maka boleh REDAH secara perlahan-lahan.

4) Jika bunyi ‘tepukan air’ bawah lantai kereta, itu perkara biasa. Teruskan memandu kelajuan sekitar 10km/j. Pertimbangkan sama ‘ombak kereta’ yg anda hasilkan pada pengguna lain.

5) Kalau AIR BANJIR lebih tinggi dari EKZOS pastikan anda di gear 1 untuk kereta manual dgn RPM lebih dari 2500.. jangan kurangkan RPM ketika redah air.

Ini untuk mengelakkan air DISEDUT melalui ekzos masuk ke enjin. Inilah PUNCA kenapa kereta anda mati ketika meredah air banjir.

Kawalan RPM Tinggi dengan kelajuan 10-15km/jam ketika meredah air dilakukan dengan penggunaan Clutch kaki.

6) Untuk kereta Auto Transmission, masukkan ke gear Low, redah air berhati-hati pada kelajuan 10-15km/jam.
Kawal kelajuan dengan penggunaan brek tangan.


7) sebaik melepasi kawasan Lepas naik ke daratan, UJI BREK kemungkinan besar brek tiada cengkaman sebab basah.

Cara nak keringkan, pandu perlahan-lahan (hadkan kelajuan pada 10-15 km/j) sambil tekan pedal Minyak dan Brek serentak. Ini bagi menghasilkan kepanasan pada pad Brek supaya cepat kering dan kembali mencengkam.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn