Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Walaupun Presiden dan CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad pernah membayangkan keluaran generasi kedua Perodua Bezza mungkin akan muncul sekitar 2025-2026, namun saingan sengit antara pengeluar memungkinkan Perodua membuat pengenalan lebih awal versi sedan kompak generasi baharu awal tahun 2025 nanti.

Dalam sidang media Pertandingan Rekaan Sedan Kompak Asia (ACSDC) 2023 di Putrajaya pada Awal Julai 2023 yang lalu, Datuk Zainal mendedahkan Bezza generasi baharu tersebut turut akan dibina berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) seperti model-model baharunya yang lain, serta ia akan tampil dengan rekaan lebih berorientasikan mesra pengguna di rantau ASEAN.

Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Perodua Bezza generasi Asean bakal muncul pada awal 2025; guna platform DNGA ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.