Hyundai Ioniq 6 Malaysia: EV termurah jarak lebih 600km dengan sekali caj pantas 18minit

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Kemajuan teknologi pengecasan dan jarak perjalanan EV semakin meningkat dari hari ke hari.

Contohnya Hyundai Ioniq 6 yang tampil sebagai EV termurah yang memiliki keupayaan jarak perjalanan lebih 600km di Malaysia dengan sekali caj.

Saingan paling dekat ialah Mercedes EQE350+ yang mampu mencapai jarak sehingga 669km tetapi pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding Ioniq 6.

Kuasa Ioniq 6 dijana menggunakan pek bateri 77.4kWh.

Ioniq 6 EV didatangkan dengan motor elektrik 168kW (228hp) dengan tork 350Nm untuk menghasilkan masa pecutan 0-100km/j selama 7.4 saat.

Varian Ioniq 6 Max AWD menghidangkan prestasi dwi-motor yang boleh memberikan jumlah output 239kW (325hp) dan 605Nm tork. Model ini juga mempunyai keupayaan untuk memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 5.1 saat sahaja. Julat perjalanan 583km sedikit kurang berbanding Varian Max RWD.

Kelajuan tertinggi kedua-dua model ialah 185km/j.

Lebih menarik perhatian ramai ialah kemampuan keupayaan pengecasannya.

Ujian mendapati prestasi masa mengecas yang singkat hanya 18 minit untuk mengecas Ioniq 6 daripada 10% kepada 80% apabila menggunakan pengecas pantas DC 350kW.

Ioniq 6 mempunyai pengecas dalaman AC 11kW.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Hyundai Ioniq 6 Malaysia: EV termurah jarak lebih 600km dengan sekali caj pantas 18minit ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top