Superlux Auto Sdn Bhd bakal memperkenalkan 3 model motosikal EV SarkCyber Innovation dari China pada September 2023.




Superlux akan memasang tiga model skuter elektrik iaitu HC10 yang akan ditawarkan pada harga bawah RM40,000; HC200 (bawah RM10,000); dan eB1 (bawah RM5,000).

Bagi HC10, skuter terbabit hadir dengan spesifikasi seperti kelajuan 125 kilometer sejam (km/j), kuasa maksimum 18,000 watt, tork puncak 350Nm, jarak perjalanan 180 kilometer (km).

Bagi HC200 pula tampil dengan spesifikasi seperti jarak perjalanan 73 km, kelajuan maksimum 70 km/j; kuasa maksimum 4,500 watt, tork puncak 135Nm.

Model eB1 pula direka untuk perjalanan dekat yang lebih ekonomi dengan kuasa maksimum 800 watt; tork (120Nm); jarak perjalanan 50km; dan kelajuan 50km/j.

SarkCyber dengan bateri mudah tanggal sesuai untuk pengecasan dirumah. Tempoh pengecasan penuh hanya 3 jam sahaja.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btn Klik Lazada