Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Nama Yamaha biasanya merujuk kepada jenama industri permotoran motosikal, enjin bot laju dan peralatan muzik.
Pada tahun 1974 Yamaha mengeluarkan kolam renang pertamanya, diperbuat daripada FRP. Bahan komposit mempunyai banyak kelebihan, seperti ringan dan rintangan kakisan, tetapi terdapat satu lagi sifat penting ialah ketahanan menyerap gegaran semasa gempa bumi.

Model pertama Yamaha diberi nama Family Pool 1974, berbentuk besen di atas tanah.
Menjelang tahun 1978 Yamaha telah berjaya membuat kolam dalam tanah sepanjang 25m untuk sekolah dan kompleks sukan.

90an era kerancakan ekonomi Jepun menjadi aktiviti berenang semakin mendapat tempat di Jepun.
Taman tema air tersebar di seluruh negara dan Yamaha membekalkan peralatan gelongsor air, pancuran mandian di tepi kolam, dan Kolam Aliran Yamaha 1985 yang terkenal.
Hari ini Yamaha ialah pengeluar terkemuka Jepun bagi kolam besar (20m atau lebih) untuk institusi pendidikan, dengan lebih 6,500 buah siapa dibina.

Yamaha tidak menyatakan punca sebenar menamatkan perniagaan kolam renang hanya sekadar ingin menumpukan kepada perniagaan teras dan perniagaan baru.
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Yamaha umum menghentikan perniagaan kolam renang ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.