Jentera SUV EV Lotus Eletre, model SUV elektrik pertama keluaran Lotus menawarkan penjana kuasa dwi-motor, AWD, dengan varian asas dan Versi Eletre dipacu menggunakan 605 hp dan tork 710 Nm, membolehkan ia dipecut dari 0-100 km/j dalam 4.5 saat dan pecutan antara 80-120 km/j dalam 2.2 saat, dengan kelajuan maksima cecah 258 km/j.




Model Eletre R SUV dikuasai motor 905 hp dan tork 985 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam 2.92 saat, 80-120 km/j di bawah 1.9 saat dan kelajuan maksima cecah 265 km/j, menjadikannya SUV elektrik penuh dwi-motor terpantas di dunia, menurut Lotus.




Ketiga-tiga model Lotus dipacu menggunakan bateri 112 kWh, yang memberikan Eletre dan Eletre S jarak gerak hingga 600 km mengikut kitaran WLTP, sementara Eletre R pula dengan 490 km (WLTP).

Ia boleh menyokong pengecas pantas DC 350 kW, dengan status pengecasan 10-80% dalam masa 20 minit.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada