BMW i4 eDrive35 kini di Malaysia – EV dengan harga bermula RM284k, kuasa 286 PS, jarak gerak 483 km

This post has already been read 102 times!

Penawaran model BMW i4 di Malaysia yang terdiri daripada varian eDrive40 dan M50 kini ditambah dengan dua lagi varian iaitu eDrive35 dan eDrive35 M Sport, yang dijual pada harga masing-masing RM258,210 dan RM284,210.

Harga ini adalah bagi pakej dengan jaminan biasa dua tahun dan tidak termasuk insuran.

Sama seperti eDrive40 M Sport, varian eDrive35 ini juga menggunakan motor elektrik yang terletak di belakang, tetapi kuasanya berkurang menjadi 286 PS (282 hp atau 210 kW) dan tork 400 Nm, berbanding 340 PS (335 hp atau 250 kW) dan 430 Nm yang ditawarkan oleh eDrive40.

Pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan oleh eDrive35 dalam masa enam saat, manakala laju maksimum pula adalah 190 km/j.

Motor elektrik pada eDrive35 ini dipacu oleh bateri lithium ion, berkapasiti 70.3 kWh dan boleh mencapai jarak gerak 483 km.

Berkenaan kelengkapan, eDrive35 dipasang sekali dengan pakej Sport yang memberikan rim 18 inci Style 853 serta kemasan berwarna Frozen Grey.

Kemasan dalaman terdiri roda stereng kulit M, kemasan aluminium Rhombicle serta sistem BMW Live Cockpit Professional yang menampilkan panel instrumen digital 12.3 inci serta panel infotainmen dengan skrin sesentuh 14.9 inci di tengah.

Servis ConnectedDrive diberikan sekali dengan Connected Package Professional bersama sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Varian eDrive35 ini dilengkapi dengan ciri Pintar iaitu Driving Assistant yang termasuk Active Cruise Control dengan fungsi stop & go, Lane Departure Warning dengan Lane Return, Lane Change Warning, Front Collision Warning dengan Brake Intervention (AEB), Rear Crossing Traffic Warning, Rear Collision Prevention dan Speed Limit Info. Turut diberikan adalah pakej Parking Assistant dengan kamera undur, Active Park Distance Control dan Reversing Assistant.

Baca Juga   Ulasan pandu uji Neta V EV paling murah di Malaysia

Warna yang ditawarkan untuk i4 eDrive35 adalah Black Sapphire, Mineral White, Sanremo Green, Skyscraper Grey dan Aventurine Red, sementara eDrive35 M Sport pula ditawarkan dalam dua pilihan iaitu M Portimao Blue dan M Brooklyn Grey.

Balutan kulit sintetik Sensatec di dalam pula datang dalam warna hitam, Cognac atau Tacora Red. Setiap pembelian datang dengan jaminan bateri lapan tahun atau 160,000km, kabel pengecas awam, pengecas rumah mudah alih, servis bantuan tepi jalan, BMW Service Online dan BMW Group Loyalty+ Mobile App – BMW Privileges Card.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.