Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Rakyat Malaysia kini boleh melanggan internet satelit yang disediakan oleh Starlink.

Harga langganan Starlink mengikut pelan yang ditawarkan berharga RM220/bulan.
Walaubagaimanapun pengguna perlu membayar perkakas iaitu RM2,300 untuk kit asas dan RM11,613 bagi kit profesional.
Kit profesional menawarkan ciri lebih tahan lasak terutama di waktu hujan, serta mampu menyediakan kepantasan lebih baik berbanding kit asas.
Kedua-dua kit Asas dan profesional memiliki piring satelit yang mampu bergerak sendiri. Ia juga disertakan router WiFi 5 dwi-jalur MIMO 3×3. Tentang kelajuan internet, pelan asas (RM220/bulan) menyediakan kelajuan muat turun sekitar 25 ke 100Mbps, dan kelajuan muat naik 5 ke 10Mbps.
Tahap kependaman pula sekitar 25 ke 60 ms. Kelajuan sebegini hampir sama dengan kelajuan 4G. Pelan asas ini tanpa kuota tetapi tertakluk kepada polisi penggunaan saksama (FUP).
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Internet satelit Starlink sekarang di Malaysia, RM220 sebulan dengan kelajuan sehingga 100Mbps ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.