Peminat plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu tentu tertunggu-tunggu dua pilihan plat yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Siri nombor pendaftaran terkini Selangor, BRP, bakal dibuka bidaan mulai 2 Ogos ini dan ia berlangsung selama lima hari iaitu sehingga jam 10 malam pada 6 Ogos.
Pemenang akan diumumkan pada 7 Ogos 2023. Bidaan nombor pendaftaran dari Johor pula, JWL, akan dibuka pada 3 Ogos. Ia berlangsung selama lima hari dan akan berakhir jam 10 malam pada 7 Ogos.
Keputusan rasmi pemenang akan diumumkan pada 8 Ogos 2023 ini.
Anda boleh lakukan sendiri bidaan ini secara terus melalui sistem JPJ ebid.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.