Tiada sebarang perubahan syarat perbaharui lesen memandu warga emas

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan menafikan mesej tular mendakwa warga emas lebih 65 tahun perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan penglihatan sebelum diberi kebenaran memperbaharui lesen memandu.

JPJ dalam kenyataan hari ini berkata, tiada perubahan membabitkan proses pembaharuan lesen memandu warga emas. “Pembaharuan lesen memandu bagi warga emas adalah seperti biasa.

Dalam hal ini, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya berita tular dan dinasihatkan supaya menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat supaya tidak menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Tiada sebarang perubahan syarat perbaharui lesen memandu warga emas ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top