JPJ PEMANGGILAN SEMULA (PRODUCT RECALL) Siri 2/2023

This post has already been read 90 times!

.

Artikel siri kedua ini merupakan sambungan daripada artikel siri pertama yang telah disiarkan di facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia sekitar bulan April 2023.

Pada siri kali ini, disiarkan pula hebahan aktiviti Pemanggilan Semula (Product Recall) yang terkini oleh pihak pengeluar kenderaan yang terlibat berdasarkan kepada rekod yang diterima oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.

Terdapat maklumbalas daripada pihak pengeluar kenderaan yang melaksanakan aktiviti Pemanggilan Semula Kenderaan ini (Product Recall) memaklumkan bahawa terdapat kesukaran untuk menghubungi pemilik- pemilik kenderaan disebabkan oleh maklumat pemilik tidak dikemaskini. Terdapat juga kenderaan yang telah bertukar hak milik tanpa pemilik terkini mengemaskini maklumat peribadi mereka.

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pemilik kenderaan untuk mengemaskini maklumat peribadi di pusat servis kenderaan bertauliah (authorized service centre) bagi kenderaan yang dimiliki dan juga di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan pemilik dihubungi sekiranya kenderaan mereka terlibat dengan aktiviti Pemanggilan Semula (Product Recall).

Pengabaian terhadap aspek dan tanggungjawab pengemaskinian maklumat oleh pemlik kenderaan akan menyebabkan pemilik tidak dapat dihubungi lantas menyebabkan kenderaan tersebut tidak dapat diperbaiki dengan sewajarnya.

Keadaan ini akan meningkatkan risiko kepada pemandu dan juga penumpang kenderaan oleh kerana komponen kenderaan yang tidak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna lantas mendedahkan pengguna kepada risiko kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan.

#MOTMalaysia #jpj2023 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Citarasa motosikal berbumbung merancakkan rekabentuk motosikal pintar