BANTUAN UMUM PELAJARAN SEMESTER 3 SESI 2022/2023

This post has already been read 74 times!



Assalamu’alaikum, Wrt. Wbt.

Mahasiswa/i sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) SEM 3 Sesi 2022/2023 khusus untuk pelajar Sem Pendek (Short Sem) dan Latihan Industri (LI) telah dibuka.



Permohonan perlu dibuat melalui platform laman sesawang berikut sahaja: https://eprihatin.ukm.my/

Tarikh temuduga adalah bermula pada 14 OGOS 2023 (ISNIN) hingga 14-SEPTEMBER-2023 (KHAMIS).

Bantuan yang disediakan:
1. Sara Hidup

Syarat Permohonan:
1. Islam;
2. Pelajar Sepenuh Masa;
3. Mendaftar
4. Pelajar Prasiswazah;

5. Tidak menerima elaun daripada pihak Majikan tempat LI (*permohonan LI sahaja);

6. Tempoh LI adalah sepanjang atau dalam Sem 3 Sesi 2022/2023. (*permohonan LI sahaja)
Dokumen yang WAJIB disediakan/muatnaik (Disahkan):

i. Salinan Penyata Gaji / Penyata Pencen terkini / Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA / Penjaga yang bekerja & tidak bekerja;

ii. Slip Pendaftaran Kursus Semester Sem 3 2022/2023; dan

iii. Surat Jawapan Kelulusan Penempatan LI oleh Majikan & pengesahan tidak menerima apa-apa elaun. (*permohonan LI sahaja)

**Bagi pelajar yang telah berjaya memilih slot tarikh temuduga namun tidak dapat pemakluman/panggilan daripada pihak kami, mohon untuk semak di STATUS PERMOHONAN satu(1) hari selepas tarikh temuduga. Jika masih status Tunggu Temuduga, sila maklumkan kepada pihak kami.

Sebarang kemusykilan, boleh berhubung terus dengan kaunter:

Kaunter Zakat UKM Bangi
Aras 1, Masjid UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8921 4225 / 5820

Pejabat Unit Zakat UKM Cawangan KKL
Aras 1 (berhadapan Surau Ibnu Sina) Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, W.P. Kuala Lumpur
No Tel : 03-9145 6526

Atau Emel kepada: infozakat@ukm.edu.my

Sekian, dimaklumkan dan terima kasih.

Penafian
Baca Juga   eMadani Cara Tebus eWallet RM100 melalui Touch n Go

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.