This post has already been read 833 times!


Berita gembira untuk anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor.


Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang yang menawarkan sumbangan RM500 untuk setiap bayi baru lahir.


Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.


Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun kelahiran.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Iltizam Selangor Sihat dan ANAS.



Syarat Kelayakan

KRITERIA ANAK


Anak kelahiran bermula tahun 2022
Warganegara Malaysia
Lahir di Selangor

Sedang menetap di Selangor
KRITERIA IBU BAPA / PENJAGA

1) Warganegara Malaysia
berumur 18 tahun ke atas
2) Sedang menetap di Selangor

3) ibubapa Pengundi berdaftar di Selangor

Tarikh Permohonan
Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.


Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.

Cara Permohonan Program Iltizam Anak Selangor 2023
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://anas.yawas.com.my/.
Borang permohonan secara manual juga boleh ambil di pejabat DUN terdekat.

Sila sertakan dokumen berikut untuk permohonan:

1) Salinan sijil kelahiran anak
2) Salinan Mykad ibu / bapa / penjaga
3) Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
4) Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan)
5) Surat Akuan Sumpah (bagi hubungan selain ibu / bapa / angkat)

Semakan Status
Status permohonan boleh disemak melalui pautan berikut:
https://anas.yawas.my/online/permohonan.php
Kelulusan permohonan juga akan dimaklumkan melalui e-mel seperti dalam tangkap layar di bawah:


Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

Laman web : https://anas.yawas.my/online/
Telefon : +03 5481 8800
E-mel :pertanyaan.yawas@admin

Penafian
Baca Juga   Bantuan Am Negeri RM350 Sebulan

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay