Bantuan Am Negeri RM350 Sebulan

This post has already been read 412 times!



Buat makluman semua, Menteri Besar Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kerajaan Negeri Selangor, atau lebih dikenali dengan nama Iltizam Selangor Penyayang iaitu bantuan am untuk rakyat negeri Selangor.

Bagi rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan, terdapat lebih daripada 30 jenis inisiatif yang boleh dimohon. Kesemua inisiatif ini merangkumi bantuan dari segi bekalan air, kelahiran, pengajian tinggi, perbelanjaan pengebumian dan sebagainya.

Syarat Kelayakan Bantuan Am Negeri RM350
Rakyat Selangor yang layak memohon untuk program ini adalah seperti berikut:

-Warganegara Malaysia dan rakyat Negeri Selangor
Sekiranya bukan rakyat Negeri Selangor, pemohon mesti bermastautin melebihi tempoh 10 tahun di Negeri Selangor

-Golongan tidak berkemampuan dan berkeperluan yang tidak memenuhi syarat-syarat skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang lain

Faktor-faktor lain yang juga diambil kira adalah:

-Bilangan anak / tanggungan
Tahap ketidakupayaan ketua keluarga


-Keadaan rumah kediaman

-Kecacatan atau keuzuran disebabkan oleh penyakit

-Faktor-faktor munasabah lain serta pemohon boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon / keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,500 atau Pendapatan Perkapita tidak melebihi RM350 sebulan

Cara Memohon Bantuan Am Negeri RM350

Untuk mereka yang layak memohon, anda perlu mendaftar di laman web Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat dan selepas mendaftar anda boleh memohon pada kategori bantuan yang diperlukan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Harga petrol RON95 dan diesel bakal diselaraskan untuk meredakan tekanan kos sara hidup