Assalamu’alaikum, Wrt. Wbt.
Mahasiswa/i sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) SEM 3 Sesi 2022/2023 khusus untuk pelajar Sem Pendek (Short Sem) dan Latihan Industri (LI) telah dibuka.
Jawatan Kosong: Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 (Kontrak) UKM
Tarikh Tutup Iklan : 10 Jun 2023
Projek The Malaysian Cohort adalah satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan berurusetia di Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), Cheras Kuala Lumpur. Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
Jawatan :
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
Taraf Jawatan : Kontrak
SYARAT LANTIKAN :
Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Pokok: RM1,549.00); ATAU
Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Pokok: RM1,549.00); ATAU
Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Pokok: RM1,855.00); ATAU
Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Pokok: RM1,929.89); DAN
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM.
KEMAHIRAN KHUSUS :
Berpengalaman membangunkan sistem maklumat dalam bidang pengaturcaraan dan pangkalan data atau mempunyai kemahiran tinggi dalam pengaturcaraan dan pangkalan data :
Mahir menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat.
Seorang yang komited dan proaktif. Keutamaan :
Mahir dalam ASP.NET/.NET/C#/Codeigniter/PHP 7
MSSQL/MYSQL (Microsoft SQL Server)
Javascript / JQuery
read more