This post has already been read 606 times!


Dalam kejadian pada tahun 1971 itu, Juliane Koepcke berusia 17 tahun terselamat dari nahas kapal terbang dan membuat perjalanan solo selama 11 hari meredah hutan Amazon.



Pesawat LANSA 508 turboprop yang membawa seramai 99 orang penumpang dipanah petir pada ketinggian 3000 meter hilang kawalan dan menjunam dikawasan hutan hujan Peru dengan kelajuan 45meter sesaat.

LANSA 508 turboprop terhempas dalam cuaca buruk dan terkena panahan petir



Setelah sedar dari pengsan dia mendapati dirinya berada ditengah tengah hutan Amazon.

Juliane mengambil keputusan untuk meredah hutan Amazon dengan harapan bertemu jalan keluar.

Juliane dapat mendengar pesawat penyelamat mencarinya, tetapi kanopi hutan yang tebal menyukarkan pasukan pencari mengesan dari udara.

Setelah berhempas pulas meredah hutan sambil merawat sendiri kecederaan yang dialami akhirnya bertemu sebuah pondok. Juliane mengambil keputusan menginap dipondok berkenaan sementara menunggu hari siang.

Pada awal pagi keesokannya Juliane mendengar suara lelaki berhampiran pondok berkenaan.

Dia bergegas keluar dan mendapati sekumpulan pembalak Peru bersiap-siap untuk keluar kelokasi kerja.

Nelayan Peru berkenaan menyedari kehadiran Juliane yang dalam keadaan banyak kecederaan, terus menghantar Juliane ke lokasi pasukan penyelamat.

Koepcke kembali ke lokasi nahas dengan pembuat filem Werner Herzog pada tahun 1998.




Kini Juliane menjadi seorang saintis yang terkenal dengan kajiannya tentang kelawar.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.