Apabila tiba tiba lampu bateri di panel menyala semasa enjin hidup adalah tanda alternator mengalami kerosakan.

Fungsi utama alternator adalah untuk mengecas bateri kereta dan membekalkan kuasa elektrik untuk menjalankan enjin, hawa dingin, radio dan komponen elektronik lain di dalam kereta.

Jika alternator gagal berfungsi dengan baik, enjin kereta akan hidup menggunakan kuasa bateri sepenuhnya.

Jika berterusan, bateri akan kehilangan kuasa dan enjin akan berhenti.

Langkah yang perlu diambil apabila altenator tidak berfungsi ialah menutup radio dan Hawa dingin untuk menjimatkan penggunaan bateri.

Jika memandu dimalam hari, nyalakan lampu habus dan pandu perlahan-lahan sehingga ke tempat yang selamat.

Penggunaan Lampu besar akan mempercepatkan penggunaan bateri.

Dalam keadaan altenator tidak berfungsi, amat penting menjaga penggunaan bateri untuk menjalankan enjin sahaja.

Kebiasaannya jarak perjalanan menggunakan bateri boleh mencecah 50-60km dengan penjimatan maksimum.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn