Kembara Agong Kenali Borneo Hari ke-5

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja




7 September 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Brunei Darussalam melalui Pos Kawalan Imigresen Labu Temburong, selepas menyambung pengembaraan Kembara Kenali Borneo dari Lawas, Sarawak, semalam.


Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di hotel penginapan di Bandar Seri Begawan pada jam 11.20 malam disambut Putera Mahkota Brunei DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah dan isteri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.



Turut menyertai sambutan ketibaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Datuk Seri Setia Awang Ahmaddin Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Datuk Seri Setia Awang Muhammad Juanda Abdul Rasyid.

Seri Paduka Baginda berdua bersemayam di Bandar Seri Begawan sebelum menyambung Kembara Kenali Borneo ke bandar raya Miri esok.

#royal #malaysia #kembarakenaliborneo

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Kembara Agong Kenali Borneo Hari ke-5 ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top