KEMBARA Agong KENALI BORNEO – HARI KE-11

  • Post author:
  • Post category:Info

This post has already been read 138 times!

13 September 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah projek Masjid Al-Sultan Abdullah di Telok Melano, Sematan, Sarawak sempena program Kembara Kenali Borneo hari ini.

Berangkat sama ke Kilometer Kosong Lebuhraya Pan Borneo, Pantai Telok Melano yang juga persinggahan terakhir Kembara Kenali Borneo, paduka anakanda KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, YAM Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 12.45 tengah hari disambut Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar dan Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri YBhg. Datin Sri Ruziah Mohd Tahir.

Turut hadir, Premier Sarawak YAB Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Nancy Shukri.


Masjid yang membabitkan kos pembinaan berjumlah RM5 juta itu didirikan untuk menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah kerana kawasan berkenaan adalah antara destinasi pelancongan di Sematan yang terletak di penghujung selatan Sarawak.

#royal #malaysia #kembarakenaliborneo

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Cerita Perang Yaman penuh liku